Friday, 28 September 2012

KAMPUNG SEBUAK KURANG DIKENALI....MASIH BELUM MASUK DALAM GOOGLE MAPS






Kali ni aku nak postkan kisah Kampung halaman aku iaitu Kampung Sebuak Jalan Landeh,,,kampung ini bersebelahan dengan Kampung landeh,Kampung Paya Mebi ,Kampung Lubuk Buaya dan Kampung Betong.Kapasiti penduduk kampung sebuak seramai lebih kurang 500 orang sahaja.Kampung ini diketuai oleh ketua kampung Tuan Hj Saei bin Salleh yang terdidi dari timbalan En Amit dan Ajk-Ajknya,punca pendapatan penduduk Kampung Sebuak terdiri dari kakitangan kerajaan,pekerja kilang,pekerja ladang,pekerja indutri pasir dan berniaga sendiri.Pada tahun 1950 Kampung Sebuak pada mulanya dikenali dengan nama Kampung Landeh Hilir sempena mengambil nama pengasas Kampung Landeh,,iaitu Dato" Landeh,pada masa tersebut juga tidak ramai yang menghuni Kampung landeh hilir kerana kampung ini terletak di laluan ribut diantara kerana berhampiran dengan dua buah gunung iaitu Gunung Stat dan Gunung Tebang,,,akibat selalu dilanda ribut maka Dato Landeh menukar nama Kampung Landeh hilir kepada Kampung Sabuak,,dalam bahasa Melayu Serawak Buak bermaksud ribut taufan,,,maka di gabungkan perkataan Serawak Buak jadilah Kampung Sabuak (Serawak ribut) ,,,sekarang Sebuak,,,Wallahualam sejarah lisan dari turun temurun,,,dari tok nenek,,,tiada sejarah bertulis diperolehi..Untuk maklumat lebih lanjut jom ke FB Kampung Sebuak Kampung Sebuak Kuching Sarawak

Wanita Warga Nepal Bersuami Dua

UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.

GAMBAR pada 18 September menunjukkan Pasang (kiri)
bersama abangnya, Mingmar Lama yang berkongsi
seorang isteri bersama dua anak mereka. 
Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.

Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden.

Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.

“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.

“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.

Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.

Ketika itu, Pasang baru berusia 11 tahun.

Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.

“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.

Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.

Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka.

“Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya akan mengahwini wanita lain,” kata seorang lagi pemuda

yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.

Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.

Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.

Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. – AFP

BAJET 2013 APA YANG KITA DAPAT,,APA YANG DIDAPATI,? APAPAPAPUN ALHAMDULILLAH

LANGSUNG Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Berikut intipati pembentangan beliau:

Pembuka kata- Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

- Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.
- Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.

Gambaran umum
- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.

- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal

- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Thursday, 27 September 2012

ROAD BLOCK,,,SEKATAN JALAN RAYA

BUKAN HIASAN GAMBAR SEBENAR

Pernah lalu kat road block polis,,,komform yang berkereta dan yang bermotosikal,,,pernah lalu semasa polis buat roadblok,,,pasti dalam kepala otak kita,,,ada tak aku buat salah ni,,,dah renew ke belum roadtak aku,,,,lesen aku hidup lagi tak,,,lampu kete aku hidup lagi tak,,,janganlah ada parang ker dadah ker dalam kete aku,,tak pasal-pasal kena saman kena tangkap....sebab itulah sebelum kita naik moto,,,masuk dlm kereta kena check dulu lesen road tax,barang-barang dalam kereta,,,jangan dah kena tahan polis baru nak cakap lupa,,tak tahu.Kadang-kadang aku sendiri naik cuak bila kena tahan ngan polis padahal Aku sendiri anggota badan beruniforn ni ,,kalau polis tanya apa kesalahan kita jawapan yang pasti popular ialah lupa,,tak ingat,,tak tahu,,,dah buat belum dpt,,,minta maaf tuan,,minta maaf datuk,,,jangan takut Polis ker JPJ ker,,semuanya ada hati perut,,,semuanya ada budi bicara dalam menjalankan tugas,,,terpulang kepada penjelasan kita atau dalam setiap kesalahan....dan mereka pasti memberi peluang kedua kepada kita,,,maka terima kasihlah kepada mereka,,,,gambar diatas aku ambil ketika satu road block di Taman Impian Emas Skudai,,jam 3 pagi ...,masa lalu di hadapan Anggota polis yang bertugas terpancar kepenatan di wajah mereka,,,walaupun mlm yang sejuk,,,,peluh tetap menitis di dagu mereka,,ada yang berdiri di hadapan,,,,ada yang sedang buat pemeriksaan kereta,,walaupun nampak muda kecekapan dan profesional mereka terserlah dalam menjalankan tugas,,,tahniah PDRM....selamat bertugas

 SEKADAR GAMBAR HIASE

KECIK-KECIK DAH GILA SEKS...SALAH SIAPA,,,SIAPA BERSALAH,,MEYALAHKAN SIAPA????????????????????


JOHOR BAHRU – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri tujuh lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini.

Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa di bandar raya ini, meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran.

Gadis berkenaan juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rakan sekolahnya, sebelum aktiviti sumbangnya itu terbongkar apabila ibunya mengesyaki anaknya kerap keletihan setiap kali pulang ke rumah, selain sering dipanggil guru kaunseling berikutan masalah ponteng sejak Julai lalu.

Membuat pendedahan tersebut, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur.

“Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu menjalankan siasatan.

“Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan.

“Diharapkan pendedahan ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa, supaya mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik,” katanya kepada media semasa Majlis Penutup Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga di @Mart Kempas, di sini, semalam.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang merupakan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr Robia Kosai.

Dalam pada itu, Song Cheng ketika membacakan teks ucapan Robia memberitahu, statistik JKM negeri merekodkan sebanyak 133 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah diselamatkan sehingga Ogos tahun ini.

“Manakala pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 158 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Berdasarkan statistik ini ianya amat menyedihkan dan mendatangkan kebimbangan kepada kita apabila memikirkan adakah anak-anak kita selamat berada di persekitaran.

“Masyarakat perlu sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa, anggota keluarga dan anggota masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak mereka selain perlu mengambil tahu dan peduli bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin,” katanya.

Anggota polis parah di tembak

PETALING JAYA – Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.


Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini.
Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.
Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.
Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.
“Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.
“Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian,” katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun.
Khalid berkata, dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri.
Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.
Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.
Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

apa hal tok kah


Lama tak online kat blog,,,,,last sekali creat blog 2011,selepas 90 kene delete tak aktif…..hari ni aku nak start berblogger balik,,,,takde orang baca pun takpe …………..


Mula-mula nak cerita tentang diri aku,,,,anak rantau yang datang dari daerah jauh borneo Sarawak datang bekerja di semenanjung untuk berbakti pada negara,,,bukan paksaan tapi kerjaya yang aku pilih meminta aku berbakti kepada negeri lain dari tempat kelahiran ku....sememangnya tidak boleh mengelak untuk tidak ditugaskan kemana-mana yang diarahkan,,,kerana seminggu aku bertugas aku diarahkan untuk bersumpah setia,,,,berbakti kepada negara,,tak kira dicampak kemana-mana tempat tugas,,,sekiranya enggan mengangkat sumpah,,aku boleh tinggalkan kerja dalam masa seminggu tersebut,,,sekarang sudah dua belas tahun aku berbakti kepada negara,,,sumpah taat setia aku tetap laungkan.....Alhamdullilah