

Kali ni aku nak postkan kisah Kampung halaman aku iaitu Kampung Sebuak Jalan Landeh,,,kampung ini bersebelahan dengan Kampung landeh,Kampung Paya Mebi ,Kampung Lubuk Buaya dan Kampung Betong.Kapasiti penduduk kampung sebuak seramai lebih kurang 500 orang sahaja.Kampung ini diketuai oleh ketua kampung Tuan Hj Saei bin Salleh yang terdidi dari timbalan En Amit dan Ajk-Ajknya,punca pendapatan penduduk Kampung Sebuak terdiri dari kakitangan kerajaan,pekerja kilang,pekerja ladang,pekerja indutri pasir dan berniaga sendiri.Pada tahun 1950 Kampung Sebuak pada mulanya dikenali dengan nama Kampung Landeh Hilir sempena mengambil nama pengasas Kampung Landeh,,iaitu Dato" Landeh,pada masa tersebut juga tidak ramai yang menghuni Kampung landeh hilir kerana kampung ini terletak di laluan ribut diantara kerana berhampiran dengan dua buah gunung iaitu Gunung Stat dan Gunung Tebang,,,akibat selalu dilanda ribut maka Dato Landeh menukar nama Kampung Landeh hilir kepada Kampung Sabuak,,dalam bahasa Melayu Serawak Buak bermaksud ribut taufan,,,maka di gabungkan perkataan Serawak Buak jadilah Kampung Sabuak (Serawak ribut) ,,,sekarang Sebuak,,,Wallahualam sejarah lisan dari turun temurun,,,dari tok nenek,,,tiada sejarah bertulis diperolehi..Untuk maklumat lebih lanjut jom ke FB Kampung Sebuak Kampung Sebuak Kuching Sarawak

No comments:
Post a Comment