Sunday, 7 October 2012

KISAH 3 DOKTOR

 


Disebuah Hospital terkemuka di ibu kota,,,3 orang doktor pelatih menerima 3 mayat yang terlibat dengan kemalangan jalanraya berasingan..setiap mayat disediakan fail-fail maklumat berkenaan mayat nama dan pekerjaan,,Doktor-doktor pelatih tersebut diarahkan membuat post morterm dan menghuraikan setiap post morterm yang dijalankan kepada doktor pakar untuk di masukkan dalam data pihak polis.Setelah selesai post morterm dijalankan tibalah masa untuk taklimat oleh 3 doktor pelatih tadi,,,,,
Doktor pelatih yang pertama
Saya menerima mayat seorang ahli sains (saintis) terkemuka yang sering mereka alatan yang canggih untuk masa depan,Pemeriksaan perut didapati Saintis ini telah lama tidak makan kerana besar kemungkinan selalu mengkaji dan tiada masa untuk makan,manakala pemeriksaan otak dijalankan didapati otak Saintis ini luar biasa kerana menggunakan otak bionik yang seolah-olah komputer  yang mempunyai 1 juta gigabyte memori...sekian laporan bedah saya.
Doktor pelatih yang kedua
Saya menerima mayat seorang pekerja binaan (buruh),Pemeriksaan pemeriksaan tulang didapati mayat ini mempunyai tulang yang kuat sekuat besi,berkemungkinan kerana terlalu kuat bekerja menyebabkan tulangnya seolah-olah umpama besi,pemeriksaan otak pula,otaknya normal kerana tidak banyak berfikir,dan otaknya hanya serata sahaja kerana hanya memikirkan kerja yang sama setiap hari.
Doktor pelatih yang ketiga
Saya menerima mayat seorang ahli politik (YAB) terkemuka yang sering menang dalam setiap pilihanraya,(dengan tiba-tiba doktor pelatik tersebut tunduk dan mengelengkan kepala,menyebabkan doktor pakar bertanya tentang tindakannya,doktor pelatih tadi meneruskan perbentangannya ) pemeriksaan otak dan perut menunjukan,ahli politik ini tidak mempunyai hati perut malah tidak mempunyai otak,,sering menipu rakyat agaknya,,,,
agak-agak anda semua faham tak cerita di atas,,,bila anda baca berkenaan doktor yang ketiga baru anda faham....hati-hati dengan manusia di dunia yang banyak ragamnya.....

No comments:

Post a Comment